Arumugam Vengatarakoo

Arumugam a/l Vengatarakoo ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau ialah Ahli Dewan Negeri Pahang bagi DUN Sabai mewakili Barisan Nasional pada 2023. Beliau juga pernah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi DUN Bukit Selambau atas tiket Bebas pada 2008. Selepas memenangi pilihan raya 2008, beliau telah menyertai Parti Keadilan Rakyat dan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah[1] memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India[2]. Walau bagaimanapun, beliau telah meletak jawatan sebagai anggota EXCO dan ADUN pada Februari 2009 yang menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil.[3][4]Sebelum menyertai politik, Arumugam ialah seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia.[3]